Pi BUKAN wang percuma. Ia adalah pemberian / ganjaran daripada Pi Network kepada semua pengguna yang percaya dan membantu dalam mengembangkan projek matawang kripto Pi ke seluruh dunia. Kripto Pi bergantung dengan sumbangan kolektif seluruh penggunanya dalam menjayakan projek ini. Berikut adalah perjalanan kripto Pi yang terbahagi kepada 3 Fasa :

FASA 1 - Design, Distribution, Trust Graph Bootstrap.
  • 14/03/2019 Pi Network dilancarkan secara rasmi pada Hari Pi Sedunia.
  • 22/05/2019 Jumlah pengguna berdaftar telah melepasi 10,000 orang dan buat pertama kalinya mining speed berkurang separuh (halving). Mining speed baru adalah 0.8π/h.
  • 07/06/2019 Pi telah dimuat turun di 175 buah negara. Perancis telah mengatasi USA dalam jumlah pengguna aktif dalam negara.
  • 27/06/2019 Pi mempunyai lebih 75,000 pengguna berdaftar.
  • 05/07/2019 Jumlah pengguna berdaftar telah melepasi 100,000 orang dan mining speed telah berkurang separuh (halving) buat kedua kalinya. Mining speed baru adalah 0.4π/h.
  • 19/07/2019 Pengguna berdaftar Pi telah mencapai 150,000 orang.
  • 27/08/2019 Pengguna berdaftar Pi telah mencapai 300,000 orang.
  • 10/09/2019 Group chat room telah dilancarkan dan setiap pengguna dapat membuat group chat room mereka sendiri.
  • 17/09/2019 Pi Network telah mempunyai 400,000 pengguna aktif dan seramai 500,000 pengguna berdaftar. Akhbar berita Standford Daily telah membuat liputan mengenai Pi Network.
  • 12/10/2019 Pi Network melancarkan saluran pendaftaran melalui akaun Facebook.
  • 17/10/2019 Pi Network telah mempunyai 800,000 pengguna aktif.
  • 31/10/2019 Pi Network melepasi 1 Juta pengguna aktif. Para perintis (pioneer) Pi di seluruh dunia telah meraikan pencapaiannya di dalam video Pi 1 Million. Sekali lagi mining speed berkurangan separuh. Mining speed baru ialah 0.2π/h.
  • 14/11/2019 Pi Network telah mempunyai 1.25Juta pengguna aktif.
  • 19/11/2019 Pi Network mengumumkan 4 akaun rasmi media sosial mereka iaitu di Facebook, Instagram, Youtube, Twitter.
  • 11/12/2019 Pi Network memilih 300 pengguna drpd yang telah dicalonkan untuk proses KYC dan terlibat dalam pilot In-App Transfer (IAT).
  • 16/12/2019 Transaksi pertama Pi (π) iaitu pembelian nama domain pi.app oleh @PiCoreTeam pada harga 10,000 π daripada pengguna @89199.
  • 19/12/2019 Proses KYC bermula. Pengguna terpilih mula melakukan transaksi IAT.
  • 17/01/2020 Pi Network mempunyai lebih 2.5Juta pengguna aktif.
  • 25/02/2020 Pi Network mempunyai lebih 3.5Juta pengguna aktif.
  • 14/03/2020 Pi Network menyambut ulang tahun pertama pada Hari Pi Sedunia. Fasa ke 2 Pi Network telah bermula.
FASA 2 - Testnet
  • 02/04/2020 Core Team secara rasmi mengeluarkan Pi Node versi beta.
  • 18/04/2020 Seramai 100,000 pengguna telah memohon menjadi Pi Node dalam Testnet.
  • 22/04/2020 Nicolas berkata angka 4Juta pengguna sebelum ini agak outdated.
  • 02/05/2020 Mengeluarkan langkah seterusnya persiapan software dan setting untuk menjadi Pi Node untuk semua pemohon.
  • 06/05/2020 Memperkenalkan platform prototype app (FeverIQ) yang merupakan Pi Apps pihak ketiga pertama.

0 Comments